Keistimewaan kota Mekah dan Madinah
MEKAH
dan Madinah adalah dua kota suci dalam Islam. Di dalam al-Quran dan hadis, dua
kota itu sering disebut juga dengan Tanah Haram (Al-Balad Al-Haram). Kata haram
bererti larangan atau tegahan.
Sebagai
kawasan yang dimuliakan, tidak menghairankan jika Tanah Haram memiliki
peraturan bagi orang-orang yang tinggal di dalamnya.
Salah
satu peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT adalah larangan bagi golongan
bukan Islam memasuki Masjidilharam. Ia terkandung dalam firman Allah SWT dalam
surah At-Taubah ayat 28 bermaksud:
”Hai
orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis, maka
janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu
bimbang menjadi miskin, maka Allah akan memberikan kekayaan kepadamu dari
kurnia-Nya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana."
Berikut
dipaparkan antara keistimewaan kedua-dua kota suci tersebut:
KOTA MEKAH
TERDAPAT
satu ruangan tanah di planet bumi yang diistimewakan Allah. Ia adalah sebidang
tanah seluas lebih kurang 540 kilometer persegi. Inilah tanah tempat Allah
pertama kali meletakkan bangunan rumah-Nya di bumi, yakni Kaabah. Itulah juga
sebagai tempat tumpuan kiblat manusia sejagat.
Mekah
di dalam al-Quran disebut berkali-kali dengan terminologi berbeza. Ini
menunjukkan betapa kelebihan Mekah sangat banyak dibanding kota-kota lain di
dunia ini.
Selain
Mekah, di dalam al-Quran Allah menyebut kota suci ini sebagai Bakkah (lembah
air mata), Ummul Qura (perkampungan tua), al-Balad (negeri), al-Balad al-Amin
(negeri yang aman), al-Baddah (negeri), Haram Amin (tanah suci yang aman), Wad
Ghairu Dzi Zarin (lembah yang gersang) Maad (tempat kembali), Qaryah
(negeri/kampung), al-Masjid al-Haram dan lain-lain.
Dalam
buku Sejarah Mekah Dulu dan Kini, tulisan Dr.Muhammad Abdul Gani, Maktab
Al-Malik Fahd, edisi kedua, Madinah 2003, disebutkan, beberapa kelebihan Mekah
iaitu :
*
Tempat dibangunnya rumah Allah (Baitullah) pertama kali.
*
Kota kelahiran Rasulullah SAW sebagai nabi akhir zaman.
*
Tempat pertemuan Adam dan Hawa yang mana setelah dikeluarkan dari syurga,
mereka berdua hidup mengembara selama 200 tahun sehingga Allah mempertemukan
mereka kembali di Jabal Rahmah, Arafah.
*
Tempat beribadah para hamba-Nya serta adanya kewajipan atas mereka untuk mengunjunginya
mengerjakan haji.
*
Tempat yang tidak boleh seorangpun masuk ke dalamnya kecuali dengan kerendahan
hati, khusyuk dan meninggalkan segala bentuk pakaian dan perhiasan dunia.
*
Tempat yang dijadikan Allah sebagai tanah suci yang aman, yang tidak boleh ada
pertumpahan darah di sana.
*
Tempat yang dimaksudkan untuk menghapus dosa-dosa masa lalu.
*
Tempat yang Allah mensyariatkan kepada manusia untuk bertawaf di Kaabah.
*
Tempat yang Allah mewajibkan bagi orang-orang yang mampu untuk mengunjunginya.
*
Tempat yang tidak ada sejengkal bumi pun yang Allah wajibkan hamba-hamba-Nya
untuk menghadap dan melambaikan tangan, kecuali kepada Kaabah, Hajarul Aswad,
Rukun Yamani yang adanya di kota Makkah.
*
Tempat yang tidak ada di muka bumi ini suatu masjid pun, yang memiliki
keistimewaan bagi siapa saja yang solat di dalamnya maka pahalanya akan
dilipatgandakan 100,000 kali.
*
Tempat yang dilarang oleh Allah untuk menghadap atau membelakanginya pada waktu
buang hajat.
*
Tempat yang Allah memberikan balasan bagi siapa saja yang berniat jahat,
walaupun belum melakukannya. Dan barang siapa yang melakukan kejahatan,
balasannya akan dilipatgandakan. Ia kerana melakukan kejahatan di tanah suci,
lebih besar dosanya dibandingkan di tempat-tempat lain.
*
Tempat-tempat yang mustajab bagi orang-orang yang berdoa di sana, misalnya di
Hajar Aswad, di Rukun Yamani, di makam Ibrahim, di Hijir Ismail, di telaga
Zamzam, di Arafah saat berwukuf dan lain-lain.
*
Tempat di mana Allah pernah bersumpah atas nama negeri Mekah seperti
dituturkan-Nya dalam surah At-Tiin, kalau tidak kerana istimewanya Mekah, Allah
tentu tidak perlu mengangkat sumpah atas nama negeri yang sarat dengan sejarah
itu;
*
Tempat yang sentiasa dijaga para malaikat.
*
Tempat adanya telaga zam-zam yang luar biasa.
MADINAH
SATU-SATUNYA
tanah yang Rasulullah SAW sahkan boleh digunakan untuk mengubat penyakit dengan
izin Allah SWT ialah tanah di kawasan tanah haram Madinah.
Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan Bukhari, Rasulullah SAW bersabda;
“Dengan nama Allah, debu tanah kita (yang
dicampur) dengan air liur setengah daripada kita menyembuhkan dari penyakit
kita dengan izin Allah."
Dalam
soal keistimewaan meninggal dunia di Madinah, Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa
berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah hendaklah dia meninggal dunia di
sana, kerana aku akan memberi syafaat bagi pihak setiap orang yang meninggal
dunia di situ." (Riwayat Al-Tirmizi)
Madinah
merupakan salah satu dari dua kota suci Islam yang dikawal para malaikat
sepanjang masa. Kawalan yang dibuat itu ialah bagi menghindari penyakit taun
dan serangan Dajjal. Seperti yang kita tahu bahawa di akhir zaman kelak, Dajjal
akan muncul di setiap kota dan desa. Namun begitu Madinah dan Mekah tidak dapat
dimasuki Dajjal kerana ia dikawal oleh para makaikat yang diutus Allah SWT.
bagi tujuan tersebut.
Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari menyebut Rasulullah SAW bersabda
bahawa Dajjal akan muncul di setiap kota melainkan Madinah dan Makkah. Dia
tidak dapat masuk kerana malaikat akan melindungi kedua-dua kota itu.
Tentang
kawalan taun pula, sebuah hadis daripada Al-Bukhari meriwayatkan bahawa
Abdullah bin Umar r.a. menceritakan bahawa Rasulullah SAW bermimpi mengenai
Madinah. Baginda kemudiannya bersabda yang bermaksud:
”Aku
melihat seorang perempuan kulit hitam dengan rambut kusut masai keluar dari
Madinah dan dia singgah di Mahyaah. Aku mentafsirkannya sebagai taun Madinah
yang telah dipindahkan ke Mahyaah iaitu Juhfa”
Artikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130714/re_06/Keistimewaan-kota-Mekah-dan-Madinah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar